Novel Cicak-Man Trilogi_Cicakman

Kulit buku novel Cicak-Man.

Novel Cicak-Man yang ditulis oleh Meor Shariman telah diterbitkan oleh KRU Publications. Ia dijangka akan diterbitkan sebelum filem Cicak-Man ditayangkan. Walau bagaimanapun, filem Cicak-Man telah ditayangkan dahulu sebelum novelnya diterbitkan. Terdapat beberapa kelainan antara cerita dalam novel dengan filem Cicak-Man.

Sinopsis

Jenayah makin berleluasa di kota raya Metrofulus dan seorang master criminal, Profesor Klon, merancang untuk menakluki kota raya itu. Rancangan Prof Klon ialah menggantikan menteri-menteri utama dengan klon-klon ciptaannya. Namun, rancangan Prof Klon terbantut dengan kehadiran seorang adiwira, Cicakman, yang tiba-tiba muncul untuk mencegah jenayah. Cicakman ialah Hairi, seorang pemuda yang selamba dan kurang kepercayaan pada diri sendiri. Teman rapat beliau ialah Danny, seorang pemuda maco yang digilai ramai gadis. Hairi yang sebenarnya baru dikurniakan kelebihan luar biasa bukan saja terpaksa membiasakan diri dengan kelebihan itu tetapi berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam merebut hati gadis bernama Tasha. Cicakman makin tertekan apabila warga Metrofulus menganggap beliau penjenayah. Lebih memeningkan kepalanya apabila Tasha mula jatuh cinta pada Danny. Prof Klon yang tidak mahu rancangannya gagal telah bekerjasama dengan dua penjenayah hebat – Ginger 1 dan Ginger 2, yang juga mempunyai kekuatan luar biasa.[13]

Rujukan

WikiPedia: Trilogi_Cicakman http://www.astroawani.com/kini-trending/sneak-peek... http://cicakman.com http://cicakman.com/cicakman2/main.html http://www.dailyseni.com/index.php/home/news/item/... http://www.kalcha.com/ShowContent.asp?p=prod&produ... http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid... http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Hibu... http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Monday/Se... http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/Be... http://www.hmetro.com.my/node/35108